Dengan memasuki angka versi ke-21, Google terus membawakan beberapa sokongan tambahan pada pelayar web popular tersebut, dimana salah satu fungsi baru yang dibawakan bersama adalah sokongan Stacked Tab seumpama yang terdapat pada pelayar web sumber terbuka popular, Firefox.
Melalui Stacked Tabs, ia membolehkan tab diperlihatkan antara satu di atas yang lain, berbeza dengan kebiasaannya yang mana tab akan semakin mengecil apabila semakin banyak tab yang dibuka. Namun kelemahannya boleh dikatakan anda mungkin tidak ketahui kesemua tab-tab yang dibuka pada pelayar web anda pada sesuatu masa.
Bagi para pengguna yang menggunakan Chrome 21 Dev, anda sedia menguji fungsi Stacked Tabs dengan mengaktifkannya pada halaman chrome://flags/.