Pandang Pertama : Sony Xperia Sola

Pandang Pertama : Sony Xperia Sola

Diterbitkan pada June 2, 2012 oleh .

Pada tahun ini, Sony Mobile telah melancarkan beberapa peranti dibawah keluarga Xperia NXT, dan salah satunya adalah Xperia Sola. Di Malaysia, ianya telah dimulakan jualan untuk peranti ini sejak 15 Mei yang lepas, dan ditawarkan pada harga RM999.

Rekabentuk

Seperti beberapa peranti Sony Xperia yang lain, Xperia Sola turut sama membawakan rekabentuk yang lebih kurang sama, dan skrin yang tahan calar. Ia juga membawakan rekabentuk skrin yang sedikit tertimbul keluar, namun masih mengekalkan kemudahan untuk mengawal dan menggunakannya.

Xperia Sola juga turut membolehkan bahagian belakang dibuka, dan menyediakan slot untuk mikro-SD dan juga kad-SIM bersaiz biasa. Menariknya adalah dimana sekiranya anda menggunakan kad-SIM Mikro, pihak Sony menyediakan pemegang tambahan untuknya, yang disertakan secara percuma dengan pembelian Xperia Sola ini. Walaubagaimanapun, bateri untuk Xperia Sola tidak boleh ditanggalkan seperti peranti lain.

Spesifikasi

Xperia Sola membawakan skrin bersaiz 3.7-inci dengan ketumpatan skrin sehingga 265PPI. Skrinnya turut didatangkan dengan Sony Mobile BRAVIA Engine. Ia turut didatangkan ruangan storan terbina sebanyak 8GB dan juga 512MB RAM. Cip pemprosesan yang digunakan pula adalah cip dwi-teras 1GHz Cortex A-9. Xperia Sola hanya membawakan kamera pada bahagian belakang, iaitu kamera 5-megapixel dengan sokongan autofokus, dan rakaman video 720p pada kadar 30FPS.

Ulasan penuh peranti ini akan menyusul dalam beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN