EA Mengesahkan Need For Speed : Most Wanted Bakal Kembali

EA Mengesahkan Need For Speed : Most Wanted Bakal Kembali

Diterbitkan pada June 2, 2012 oleh .

Dalam pelbagai permainan perlumbaan, Need For Speed menjadi popular dengan beberapa versi permainan mereka, dan salah satunya adalah Most Wanted. Dan menariknya, seperti mana yang diura-ura akan sebelum ini, hari ini pihak Electronic Art sendiri mengesahkan yang mana Most Wanted bakal hadir tidak lama lagi.

Melalui Tweet yang dihantar oleh mereka, mereka mengesahkan permainan versi kedua untuk Most Wanted itu, disamping pada masa yang sama mengatakan permainan tersebut dibangunkan oleh Criterion.

EA dijangka bakal berkongsi lebih banyak info mengenainya pada acara E3 pada 4 Jun ini. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN