Aplikasi Maxis MyHealthy Heart Diperkenalkan Untuk Para Pengguna Android

Aplikasi Maxis MyHealthy Heart Diperkenalkan Untuk Para Pengguna Android

Diterbitkan pada June 2, 2012 oleh .

Setelah diperkenalkan untuk para pengguna iOS sebelum ini, hari ini Maxis turut sama menambah sokongan untuk aplikasi myHealthy Heart, dengan memperkenalkan sokongan untuk para pengguna Android. Seperti pada namanya, aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama pihak Institut Jantung Negara (IJN) ini memfokuskan kepada tips berkenaan penjagaan jantung, dan gaya hidup sihat.

Melalui aplikasi tersebut, ia menyediakan pelbagai maklumat dan informasi, berkaitan kesihatan, pemakanan, dan juga penjagaan gaya hidup sihat dan sebagainya. Anda juga turut sama boleh mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan sesuatu pil atau ubat yang dimakan oleh mereka, mahupun rakan lain dengan mudah.

Anda turut sama boleh menambah pil-pil yang dimakan oleh anda, dan memantau melaluinya, dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan mudah. Pada masa yang sama, ruangan Reminder turut disertakan untuk anda menambah sebarang nota penting dan sebagainya.

Bagi para pengguna Android yang menggunakan Android 2.2 dan yang terkini, boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini. Pengguna iOS juga turut sama boleh mendapatkannya daripada AppStore untuk peranti anda.


TIPS & ULASAN