Cari @ Amanz

Dengan pelbagai ura-ura yang mengatakan Apple bakal melancarkan platform peta mereka tersendiri untuk iOS 6 pada WWDC kelak, kini Google bergerak selangkah lebih pantas, di mana mereka bakal mengadakan sebuah acara khas, memperlihatkan dimensi baru dalam dunia Google Maps.

Seperti semua sedia maklum, Google sedia mempunyai pelbagai fungsi menarik pada aplikasi peta mereka, Google Maps. Melaluinya ia menawarkan bukan sahaja rujukan lokasi, tetapi turut diintegrasikan dengan pelbagai data, termasuk daripada Google Earth, Street View, sokongan navigasi, trafik masa-nyata, paparan 3D dan pelbagai perkara yang lain lagi.

Dengan itu semua, semestinya Google ingin menetapkan tahap tersendiri dalam dunia pemetaan, sekaligus mengatakan bakal memperkenalkan dimensi baru untuk Google Maps.

Jadi, apakah yang bakal diperkenalkan oleh Google, dan adakah Apple akan meninggalkan Google untuk aplikasi peta pada iOS6?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd