Sebanyak 7.1% Peranti Android Kini Dijana Menggunakan Ice Cream Sandwich

Sebanyak 7.1% Peranti Android Kini Dijana Menggunakan Ice Cream Sandwich

Diterbitkan pada June 2, 2012 oleh .

Pengguna peranti yang dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dilihat terus berkembang dari hari ke hari, dimana melalui angka terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Google, ia memperlihatkan Ice Cream Sandwich digunakan oleh sebanyak 7.1% daripada pengguna telefon pintar Android seluruh dunia.

Ia turut sama memperlihatkan peningkatan yang lebih pantas, berbanding pada bulan lepas, angka tersebut hanya pada kadar 2.9% sahaja. Perkara ini mungkin kerana lebih banyak pengeluar telefon pintar Android mula memperkenalkan kemaskini Ice Cream Sandwich untuk pengguna-pengguna mereka.

Terkini, Samsung dan juga Sony telah pun mengeluarkan kemaskini Ice Cream Sandwich untuk beberapa peranti mereka yang dilancarkan pada tahun lepas. Dan dengan lebih banyak peranti baru yang dijana menggunakan Ice Cream Sandwich hadir di pasaran, mungkin angka ini akan terus berkembang dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN