Cari @ Amanz

Dengan Max Payne 3 yang bakal dilancarkan kelak pada hari ini untuk PC, pembangunnya, Rockstar Games telah pun mengeluarkan video trailer terbaru untuk permainan tersebut. Sama seperti pada konsol permainan, Max Payne 3 turut membawakan permainan yang sama padanya.

Menurut pembangunnya, Max Payne 3 menyokong pelbagai sokongan grafik terkini pada PC, selain turut membawakan fungsi-fungsi dan integrasi DirectX 11, serta sokongan lebih daripada satu monitor untuk permainan tersebut. Sokongan 3D turut diintegrasikan pada permainan versi PC Max Payne 3 ini.

Max Payne 3 kelak akan ditawarkan melalui Steam dan juga beberapa platform digital yang lain, serta turut akan dijual dalam bentuk fizikal. Bagi anda yang ingin mendapatkannya, mungkin boleh menyemak spesifikasi PC yang diperlukan untuk permainan tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd