Carian
Bagaimana Menjadualkan Kemaskini Pada Facebook Pages?
June 2, 2012 Aman

Dengan Facebook Pages yang kini menjadi salah satu medium komunikasi utama antara jenama, organisasi dan sebagainya dengan pengguna mereka, mungkin kadang-kala anda perlu menjadualkan kemaskini untuk halaman Facebook Pages ketika pergi bercuti dan sebagainya.

Kini, melalui kemaskini yang diperkenalkan oleh Facebook baru-baru ini, para pengguna dengan mudah boleh menjadualkan kemaskini untuk Facebook Pages, selain turut mengawal siapa yang mempunyai akses kepada halaman Facebook Pages.

Untuk membuat kemaskini berjadual, anda hanya perlu menaip seperti biasa pada kotak status, dan sebaik sahaja anda mula menaip, anda akan diperlihatkan dengan sebuah ikon jam kecil pada bahagian kiri.

Sebaik sahaja selesai menaip status mahupun sebarang perkara yang lain ingin dikemaskini, klik pada ikon jam tersebut, dan mula menambah tahun, bulan, tarikh, jam dan juga minit bilakah kemaskini tersebut bakal diperlihatkan kepada umum.

Selesai menetapkan semua, klik pada butang Schedule dan kemaskini anda akan dijadualkan, dan dipaparkan mengikut masa yang ditetapkan oleh anda.

Perkara sama juga turut boleh digunakan pada halaman profil Facebook anda.

Komen