Asus Mengeluarkan Video Promosi Ketiga – Windows Dan Android Dalam Satu Peranti?

Asus Mengeluarkan Video Promosi Ketiga – Windows Dan Android Dalam Satu Peranti?

Diterbitkan pada June 2, 2012 oleh .

Lanjutan daripada video sebelum ini, hari ini, Asus telah mengeluarkan video ketiga untuk promo, sekaligus terus menjadikan lebih ramai membuat spekulasi yang mana Asus bakal melancarkan tablet dengan dua sistem operasi, iaitu windows 8 dan juga Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Seperti semua sedia maklum, Asus sendiri telah membawakan pelbagai inovasi pada tablet, dimana mereka menjadi yang terawal memperkenalkan sokongan dock pada tablet dengan hayat bateri lebih lama.

Dan dengan kini beberapa video promosi daripada Asus yang memperlihatkan mereka bakal melancarkan peranti dengan integrasi dua sistem operasi, adakah ianya bakal menjadi tablet pilihan ramai?

Sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Asus pada Computex kelak.


TIPS & ULASAN