Cari @ Amanz

PicPlz Bakal Mematikan Perkhidmatan Pada 3 Julai – Muat-Turun Data Anda Hari Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, dengan pengambil-alihan Instagram oleh Facebook pada harga $1 billion, ia turut memberikan kesan kepada pembangun aplikasi lain dengan fungsi serupa. Terkini, hari ini, pihak pembangun PicPlz telah pun mengumumkan yang mana mereka akan mematikan sepenuhnya perkhidmatan mereka dalam masa sebulan lagi, iaitu pada 3 Julai.

Melalui blog rasmi PicPlz, pembangunnya mengumumkan yang mana mereka akan mematikan sepenuhnya perkhidmatan mereka pada 3 Julai, dimana semua gambar dan juga data akan dipadam pada tarikh sama.

Bagi para pengguna PizPlz, anda boleh log masuk ke perkhidmatan PizPlz hari ini, dan memuat-turun semua gambar dan data yang pernah dimuat-naik anda sebagai salinan pendua untuk simpanan anda.

Jadi, mungkinkah lebih banyak laman dan perkhidmatan lain akan menerima kesan yang sama seperti PicPlz?


Komen ()