Astro Mula Menawarkan Rancangan Mereka Secara Langsung Melalui YouTube

Astro Mula Menawarkan Rancangan Mereka Secara Langsung Melalui YouTube

Diterbitkan pada June 3, 2012 oleh .

Selain daripada pengenalan aplikasi Astro On-The-Go, nampaknya pihak Astro juga kini menggunakan platform YouTube dalam menyiarkan siaran mereka secara langsung, dimana hari ini, mereka menyiarkan rancangan bersempena dengan Konsert Kenangan Sudirman terus pada saluran YouTube mereka.

Sebelum ini, ketika pelancaran YouTube Malaysia tempoh hari, Astro merupakan salah seorang rakan kerjasama dalam menawarkan kandungan mereka melalui laman perkongsian video popular tersebut. Sehingga ke hari ini, Astro menawarkan beberapa saluran rasmi dibawah jenama NJOI, termasuk Astro Awani, Astro Prima, Astro Oasis, dan beberapa yang lain lagi.

Melalui saluran rasmi mereka, Astro menawarkan rancangan yang dibangunkan dan dirakamkan oleh mereka secara sendiri. Dan dengan penawaran siaran langsung untuk Konsert Kenangan Sudirman, ia membawakan Astro selangkah kehadapan lagi, dan mungkin pada masa akan datang, kita akan terus dapat melihat lebih banyak kandungan secara siaran langsung ditawarkan melalui saluran mereka di YouTube.

Dan mungkinkah saluran-saluran media tempatan yang lain turut sama akan mula menawarkan kandungan mereka secara langsung melalui YouTube kelak?


TIPS & ULASAN