ASUS Umumkan Kerjasama Bersama BlueStacks

ASUS Umumkan Kerjasama Bersama BlueStacks

Diterbitkan pada June 4, 2012 oleh .

Bluestacks, seperti semua sedia maklum merupakan aplikasi yang membolehkan para pengguna Windows menjalankan aplikasi Android dengan mudah. Dan kini dengan pelbagai ura-ura mengatakan Asus bakal memperkenalkan tablet dual-boot antara Windows dan juga Android, mereka juga turut sama mengumumkan kerjasama dengan BlueStacks.

Melalui kerjasama yang diumumkan oleh Asus dan juga BlueStacks, ia membolehkan semua komputer keluaran Asus didatangkan dengan aplikasi BlueStacks secara terbina ketika pengguna membelinya. Pilihan aplikasi Android juga akan diintegrasikan pada [email protected], membolehkan para pengguna memuat-turun aplikasi Android dengan lebih mudah lagi.

Buat masa ini, antara aplikasi popular yang turut didatangkan bersama BlueStacks adalah Fruit Ninja, Evernote, Pulse, Talking Tom, dan beberapa aplikasi yang lain lagi. Dan dengan adanya pelbagai pilihan aplikasi terus ketika membeli komputer, semestinya ia akan memberi serba sebanyak kelebihan kepada penjualan komputer Asus kelak.


TIPS & ULASAN