Cari @ Amanz

Laman Photognity Memulakan Ujian Percubaan Beta Tertutup

Oleh Aman

Link Copied!

Ingatkah lagi dengan Photognity? Kini, perkhidmatan perkongsian gambar yang dibangunkan oleh pembangun tempatan itu telah pun memasuki fasa ujian beta tertutup, membolehkan sistem mereka diuji terlebih dahulu sebelum ianya dilancarkan kepada umum. Tarikh pelancaran umumnya masih tidak diketahui buat masa ini.

Melalui Photognity, ia berfungsi sebagai sebuah laman komuniti untuk pencinta gambar dan juga fotografi, membolehkan mereka memuat-naik gambar dengan mudah, dan berkongsi bersama yang lain melaluinya. Setiap gambar yang dimuat-naik boleh dilihat oleh sesiapa sahaja, dimana anda juga boleh melihat gambar-gambar pengguna lain dengan mudah.

Sebaik sahaja anda memuat-naik gambar, ia akan memberikan pilihan untuk melabelkan gambar, seperti beberapa perkhidmatan yang lain (Google+ dan juga Facebook). Sebagai tambahan, ia juga turut didatangkan dengan sokongan untuk memilih kategori, membolehkan anda melabelkan sesuatu gambar dengan lebih baik lagi, sekaligus memudahkan pengguna lain yang mencari inspirasi menemuinya dengan mudah.

Memandangkan ianya masih pada peringkat beta tertutup, maka terdapat beberapa error yang terhasil ketika proses memuat-naik, disamping had yang ditetapkan kepada 24 gambar buat masa ini. Setiap gambar juga ditetapkan untuk bersaiz dibawah 8-megapixel dan mempunyai resolusi dibawah 6000x3000px. Namun, mungkin ianya berubah pada versi akhir kelak.

Sebaik sahaja anda selesai memuat-naik gambar, sebuah halaman khas akan disediakan, untuk memudahkan anda berkongsi gambar terus ke laman Facebook dan juga Twitter. Setiap gambar turut didatangkan dengan halamannya tersendiri, dengan kotak untuk komen, dan butang Favourite padanya.

Daripada laman ujian beta tertutup yang disediakan, ia boleh dikatakan ia masih pada fasa awal, dan perlu dioptimasikan untuk pelbagai pelayar web lain, sebelum dilancarkan secara rasminya kepada pengguna.

Bagi mereka yang berminat untuk mencubanya, boleh mendaftarkan minat pada laman rasmi Photognity, dan anda akan menerima emel jemputan untuk mengujinya, yang mana dipilih secara rawak.


Komen ()