Acer Memperkenalkan Dua Tablet Windows 8

Acer Memperkenalkan Dua Tablet Windows 8

Diterbitkan pada June 4, 2012 oleh .

Walaupun Windows 8 masih belum dikeluarkan secara rasminya, hari ini Acer telah pun memperlihatkan dua tablet daripada mereka yang direkabentuk untuk menjalankan Windows 8, iaitu Acer Iconia W510 dan juga Acer Iconia W700. Kedua-dua tablet ini disasarkan untuk mula dijual pada waktu yang sama Microsoft melancarkan Windows 8 kelak.

Melalui Acer Iconia W510, ia membawakan skrin seluas 10.1-inci, dan didatangkan dengan sokongan dock dengan bateri tambahan. Sama seperti beberapa tablet sebelum ini, apabila Acer Iconia W510 disambungkan kepada dock, ia diperkatakan masa bertahan bateri adalah sehingga 18 jam lamanya.

Acer Iconia W700 pula membawakan skrin seluas 11.6-inci, dengan sokongan penuh paparan HD, Dolby Audio, dan didatangkan bersama-sama 3 slot untuk USB 3.0 padanya.

Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat lebih banyak pengeluar peranti memperlihatkan peranti dan tablet Windows 8 mereka kepada umum, apatah ladi dengan Computex yang disasarkan esok, yang bakal menjadi salah satu medan untuk memperkenalkan peranti dan peralatan elektrik terbaru.


TIPS & ULASAN