Adakah ILuvIslam Bakal Hadir Dengan Tablet Tersendiri?

Adakah ILuvIslam Bakal Hadir Dengan Tablet Tersendiri?

Diterbitkan pada June 4, 2012 oleh .

Hari ini, melalui laman Facebook, pengarah ILuvIslam telah pun mengemaskini status beliau dengan mengatakan telah tamat mesyuarat dan perbincangan berkaitan dengan ILuvIslamTablet. Adakah laman komuniti antara yang terbesar di Malaysia itu bakal hadir dengan peranti mereka tersendiri, ataupun ianya lebih kepada aplikasi ILuvIslam pada tablet.

Buat masa ini, info berkaitan dengannya yang berjaya kami perolehi adalah amat sedikit. Namun, kami mensasarkan berkemungkinan pihak ILuvIslam bakal hadir dengan aplikasi mereka tersendiri yang dioptimasikan untuk tablet.

Apatah lagi, akhir-akhir ini mereka dilihat turut sama memfokuskan kepada pembangunan kandungan, disamping turut mengutamakan kepada beberapa acara secara offline dalam berkongsi ilmu dan sebagainya.

Kami akan cuba mendapatkan lebih maklumat berkaitan dengan perkara ini dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN