Cari @ Amanz

Dengan segala ura-ura berkaitan Asus sebelum ini, hari ini Asus memulakan dengan memperkenalkan ASUS Taichi. Jikalau sebelum ini, melalui video promosi, ramai membuat spekulasi mengatakan ianya merupakan gabungan kepada dua sistem operasi, tetapi sebaliknya, Asus Taichi hanya membawakan dua skrin paparan, dan hanya menjalankan Windows 8 sahaja.

Namun, ia membawakan sokongan hibrid antara tablet dan juga komputer riba. Apabila ditutup, ia berfungsi sebagai tablet dengan skrin seluas 11.6-inci, dan apabila ianya dibuka, ia berfungsi sebagai komputer riba dengan skrin seluas 13.3-inci.

Kedua-dua skrin menggunakan panel LCD Super IPS+, dan membawakan sokongan HD penuh dengan resolusi 1080p. Menariknya, kedua-dua paparan juga boleh diaktifkan pada masa yang sama. Dari segi spesifikasi lain pula, ia menggunakan Intel Core i7 generasi ketiga, 4GB RAM, storan dalam bentuk SSD, dan didatangkan bersama-sama Windows 8. Mungkin kita akan dapat melihat pelancaran rasminya bersama-sama Windows 8 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd