Bagi mereka yang gemarkan tablet bersama-sama dengan dock papan kekunci, semestinya sedia mengenali akan Asus Transformer. Tablet yang hanya menggunakan Android sebelum ini, kini Asus turut sama mengeluarkannya dalam variasi Windows RT, dan dikenali sebagai ASUS Tablet 600.
Melalui versi yang menjalankan Windows 8 ini, ia dijana menggunakan cip pemprosesan empat teras NVIDIA Tegra 3, 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan juga turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan NFC. Dari segi skrin pula, ia didatangkan dengan skrin sentuh bersaiz 10.1-inci IPS+.
Walaubagaimanapun, jangka masa bertahan bateri untuknya tidak diketahui buat masa ini. Namun, memandangkan Asus biasanya mengoptimasikan peranti mereka untuk masa bertahan bateri yang lama, mungkin kita boleh mensasarkan Asus Tablet 600 ini membawakan masa bertahan sehingga belasan jam apabila disambungkan dengan dock
Harga dan tarikh jualannya masih tidak diketahui, namun seperti biasa, memandangkan ianya dijana menggunakan Windows RT, mungkin tarikh jualannya kelak adalah sama dengan pelancaran Windows 8 kelak.