Cari @ Amanz

Aplikasi Petronas PitStop Untuk Android Kini Membolehkan Anda Mengira Pembelanjaan

Oleh Aman

Link Copied!

Petronas, seperti semua sedia maklum, sebelum ini telah pun mengeluarkan aplikasi khas untuk pengguna iOS dan juga Android, dikenali sebagai Petronas PitStop. Dan hari ini, pembangunnya, telah pun mengeluarkan kemaskini untuk aplikasi tersebut, menawarkan salah satu fungsi baru yang dinantikan ramai padanya.

Namun, kemaskini yang dikeluarkan hanya untuk Android sahaja buat masa ini, dan masih belum dikeluarkan untuk pengguna iOS. Melalui kemaskini yang dikeluarkan untuk Android, Petronas PitStop, ia membawakan penambahan fungsi, membolehkan anda melihat kemaskini daripada Facebook dan Twitter, serta pada masa yang sama membawakan fungsi baru dinamakan sebagai MySpending.

Melalui MySpending, ia membolehkan anda melihat perbelanjaan anda untuk minyak, disamping pada masa yang sama membolehkan anda membuat pengiraan secara rambang berkenaan berapa jauhkah anda boleh bergerak menggunakan kenderaan anda mengikut amaun yang diisikan oleh anda.

Namun, salah satu perkara yang amat mendukacitakan adalah dimana saiz aplikasi tersebut sendiri yang sebesar 17MB, salah satu saiz yang amat besar untuk aplikasi mudah-alih (selain daripada permainan).

Walaubagaimanapun, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun sendiri Petronas PitStop 2.0 ini untuk Android terus daripada Google Play Store.


Komen ()