iPad Bakal Menerima Sokongan Siri Melalui iOS6?

iPad Bakal Menerima Sokongan Siri Melalui iOS6?

Diterbitkan pada June 5, 2012 oleh .

Nampaknya, sokongan bantuan maya berasaskan suara daripada Apple, iaitu Siri yang eksklusif hanya untuk iPhone 4S selama ini mungkin berubah tidak lama lagi, apabila laporan awal kini mengatakan Apple bakal membawakan sokongan Siri kepada iPad melalui kemaskini iOS 6 kelak, sekaligus membolehkan para pengguna iPad menggunakan fungsi tersebut.

Ia dikatakan sokongan Siri pada iPad kelak akan menyerupai ke semua fungsi yang terdapat pada iPhone 4S, kecuali ianya tidak akan membawakan sokongan bantuan suara untuk yang berkaitan dengan panggilan suara dan telefoni.

Sokongan bantuan suara lain seperti memainkan muzik, pengurusan kalendar, integrasi peta, menghantar mesej dan emel, mencatit nota, dan sebagainya turut sama akan didatangkan untuk pengguna iPad kelak.

Namun, ia masih tidak diketahui sama ada ianya akan hanya diperkenalkan kepada pengguna iPad generasi ketiga sahaja, ataupun kesemua pengguna iPad daripada generasi pertama.

Mungkin kita akan dapat mendengar lebih lanjut berkaitan dengan perkara ini pada WWDC kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN