(Video) Photoshop Touch Pada Samsung Galaxy Note 10.1

(Video) Photoshop Touch Pada Samsung Galaxy Note 10.1

Diterbitkan pada June 5, 2012 oleh .

Samsung yang memulakan promosi Galaxy Note dengan terma, “Tablet, Telefon? Ianya Note” mengejutkan ramai pihak apabila memperkenalkan Galaxy Note 10.1 pada MWC yang lepas. Namun, ianya masih tidak dilancarkan sehingga ke hari ini kepada umum.

Melalui apa yang diketahui, terkini, pihak Samsung telah mengemaskini Galaxy Note 10.1 dengan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, disamping turut membawakan kamera 5-megapixel bersama-sama dengannya.

Memandangkan peranti ini memfokuskan kepada mereka yang gemar melukis dan membuat pelbagai perkara berkaitan dengannya, maka Galaxy Note 10.1 juga turut sama akan didatangkan dengan Adobe Photoshop Touch bersama-sama dengannya.

Menariknya, salah seorang yang berjaya mendapatkan peranti prototaip tersebut, kini memperlihatkan sokongan S-Pen pada Galaxy Note 10.1 dalam menggunakan Photoshop Touch.

Sekiranya anda menggunakan Android, anda boleh memuat-turunnya daripada Google Play Market pada harga $9.99. Dan perkara sama juga sekiranya anda merupakan pengguna iOS, dimana boleh memuat-turunnya daripada AppStore pada harga yang sama.


TIPS & ULASAN