Sokongan Muat-Turun BitTorrent Hadir Pada iOS Melalui Installous 5

Sokongan Muat-Turun BitTorrent Hadir Pada iOS Melalui Installous 5

Diterbitkan pada June 5, 2012 oleh .

Installous merupakan salah satu aplikasi pada iOS yang membolehkan para pengguna memuat-turun pelbagai aplikasi yang di crack dan dihoskan pada perkhidmatan hos fail percuma. Dan melalui kemaskini Installous 5, pembangunnya kini turut menawarkan integrasi memuat-turun fail-fail berbentuk magnet melaluinya, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan hos fail percuma.

Sokongan “torrent” pada Installous dioptimasikan sepenuhnya, membawakan kelajuan memuat-turun yang tinggi, disamping ianya akan mematikan sokongan seed apabila selesai sesuatu aplikasi dimuat-turun. Pada masa yang sama, ia juga tidak mengaktifkan fungsi seed sekiranya anda menggunakan rangkaian data, sebaliknya hanya diaktifkan apabila pengguna menggunakan rangkaian WiFi.

Dan seperti biasa, ianya adalah salah satu perkara yang menyalahi undang-undang untuk memuat-turun aplikasi cetak rompak, apatah lagi dengan kadar muat-turun aplikasi dan perisian cetak rompak di Malaysia pada kadar melebihi 70%.


TIPS & ULASAN