Carian
Google Mengambil-Alih Meebo
June 5, 2012 Aman

Seperti ura-ura sebelum ini, hari ini pihak Meebo secara rasminya mengumumkan yang mana Google akan mengambil-alih mereka. Namun, seperti biasa, harga pengambil-alihan masih tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

Melalui ura-ura sebelum ini, ia diperkatakan Google dalam perbincangan untuk mengambil-alih Meebo pada harga $100 juta. Buat masa ini, ia tidak diketahui bagaimanakah Google akan mengintegrasikan Meebo pada perkhidmatan mereka. Namun, ramai mensasarkan ianya akan diintegrasikan sebagai salah satu fungsi permesejan pada Google+ kelak.

Meebo yang menyediakan sokongan chat dan juga toolbar untuk dipasang pada web, sebelum ini dilaporkan menerima lebih daripada 100 juta pengunjung setiap bulan. Dan semestinya angka ini akan serba sebanyak membantu Google dalam terus mempromosikan laman sosial baru mereka itu.

Komen