Carian
Microsoft Memfokuskan Kepada Ruang Tamu Melalui Xbox
June 5, 2012 Aman

Jikalau Google dan Apple lebih kepada memfokuskan kepada tablet dan juga telefon pintar, nampaknya Microsoft bukan sahaja memfokuskan dunia perkomputeran dan juga peranti mudah-alih, tetapi turut memfokuskan kepada penggunaan di ruang tamu melalui Xbox.

Seperti semua sedia maklum, buat masa ini, Xbox lebih digunakan ramai sebagai konsol permainan, dan nampaknya Microsoft ingin mengubah persepsi ramai dengan pelbagai fungsi baru yang ditawarkan mereka sepanjang tahun 2012 ini.

Antara perkara yang dibawakan oleh Microsoft ke Xbox 360 adalah termasuk Bing, Internet Explorer, dan beberapa aplikasi media, seperti Xbox Music dan banyak lagi. Anda bukan sahaja boleh melayari web, dan mendengar lagu, serta menonton filem, tetapi pada masa yang sama turut membawakan integrasi mendalam pada Windows 8 dan juga Windows Phone, membolehkan anda membawa Xbox kemana jua anda pergi.

Komen