Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, platform PlayStation Suite hanya eksklusif untuk peranti keluaran Sony Mobile sahaja, kini ianya berubah dengan pengumuman rasmi Sony pada acara E3. Melaluinya, Sony mengumumkan penjenamaan semula kepada PlayStation Mobile, dan pada masa yang sama, ia juga dibuka kepada pengeluar peranti yang lain.

Bersama-sama dengan ini, Sony juga turut mengumumkan HTC sebagai rakan kerjasama pertama, dan mungkin kita akan dapat melihat peranti HTC dengan PlayStation Mobile tidak lama lagi.

Buat masa ini, peranti apakah yang bakal dikeluarkan oleh HTC masih menjadi tanda tanya, dan mungkin kita akan dapat melihatnya dalam tahun ini kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd