Dengan pengumuman dan pengesahan oleh EA tempoh hari, semestinya salah satu permainan yang dinantikan ramai sekarang adalah Most Wanted 2. Dan pada acara E3 yang sedang berlangsung minggu ini, EA telah pun secara rasminya mempertontonkan trailer untuk permainan tersebut kepada umum.
Permainan ini dibangunkan oleh Criterion, dan sama seperti versi pertama, membawakan permainan kejar-mengejar bersama polis dalam menyelesaikan sesuatu misi.
EA disasarkan untuk melancarkan permainan ini pada penghujung Oktober ini kelak.