Cari @ Amanz

Selepas Acer dan Asus memperlihatkan beberapa komputer riba dan juga tablet semalam, hari ini Samsung pula hadir dengan beberapa prototaip dari keluarga Series 5 mereka. Salah satunya adalah prototaip Series 5 Hybrid PC, yang ana membawakan gabungan tablet dan laptop pada satu peranti.

Seperti semua sedia maklum, ianya membawakan rekabentuk dan fungsi seumpama Asus Transformer, membolehkan anda menggunakannya secara berasingan sebagai tablet, ataupun mengabungkannya dan menggunakannya sebagai komputer riba.

Ia juga dijana menggunakan Windows 8, dan membawakan saiz sekitar 11-inci. Sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin kelak kita akan dapat melihat Samsung mengumumkannya secara rasmi ketika pelancaran Windows 8 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd