Cari @ Amanz

Selain daripada permainan Need For Speed : Most Wanted yang bakal menemui pengguna pada bulan Oktober kelak, permainan popular dari Ubisoft, iaitu Assassin’s Creed III turut sama bakal menemui pemain pada bulan yang sama, dan pada acara tahunan E3, Ubisoft telah pun berkongsi beberapa video permainan tersebut.

Melalui Assassin’s Creed III ini, ia membawakan latar masa berbeza, dan memfokuskan kepada revolusi di Amerika. Ia juga dibangunkan berasaskan keada enjin baru, membawakan grafik yang lebih baik, dengan animasi dan realisitik berbanding sebelumnya. Ia juga turut sama membawakan sokongan multiplayer, membolehkan anda bermain dan bersaing dengan pemain lain melalui permainan tersebut.

Assassin’s Creed 3 disasarkan untuk hadir pada platform PC, PlayStation 3, Xbox 360 dan Wii U pada penghujung bulan Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd