Blogr.my Mengeluarkan Video Promo – Versi 2.0 Bakal Dilancarkan

Blogr.my Mengeluarkan Video Promo – Versi 2.0 Bakal Dilancarkan

Diterbitkan pada June 5, 2012 oleh .

Umum sedia maklum akan berkenaan dengan Blogr, salah satu laman berbentuk komuniti untuk para penulis blog tempatan, menawarkan ruangan untuk berkongsi artikel dan sebagainya. Kini, ia kelihatan, mereka bakal melancarkan Blogr.my 2.0, yang mana bakal membawakan pelbagai perubahan padanya.

Pada masa yang sama, melalui video promosi yang dikeluarkan mereka, ia memperlihatkan terdapat lebih daripada 250,000 orang penulis blog aktif di Malaysia, dan ia membawa kepada andaian terdapat lebih daripada 500,000 blog aktif di Malaysia sekiranya setiap seorang menulis lebih daripada dua blog.

Dan jikalau dilihat daripada jumlah penulis blog secara keseluruhan, tanpa mengira yang aktif dan kurang aktif, sebelum ini, ia pernah dikongsikan angka tersebut mencecah lebih daripada 500,000 orang.

Angka ini mungkin akan terus meningkat, mahupun sebaliknya. Namun dengan pelbagai sokongan yang diberikan oleh syarikat tempatan, selain beberapa acara khas berkaitan dengan penulis blog yang diadakan di Malaysia, mungkin industri blog akan terus meningkat naik dari semasa ke semasa.

Sementara itu, mungkin anda boleh menyemak laman Blogr.my versi sedia ada, yang membenarkan anda berkongsi artikel, dan membaca pelbagai artikel yang ditulis penulis blog tempatan dengan mudah melaluinya.


TIPS & ULASAN