Counter-Strike : Global Offensive Bakal Dilancarkan Pada 21 Ogos Kelak

Counter-Strike : Global Offensive Bakal Dilancarkan Pada 21 Ogos Kelak

Diterbitkan pada June 5, 2012 oleh .

Dari segi permainan tembak-menembak FPS, salah satu permainan yang popular adalah Counter Strike. Setelah mengalami penangguhan untuk pelancaran Counter Strike : Global Offensive sebelum ini, kini ia dilaporkan permainan tersebut bakal dilancarkan pada platform Xbox 360, PS3, PC dan juga Mac pada 21 Ogos ini.

Melalui Counter Strike : Global Offensive ini, ia akan tetap mengekalkan cara permainan yang serupa dan diminati ramai itu, disamping pada masa yang sama memperkenalkan beberapa senjata baru, disamping turut membawakan pelbagai peta-peta klasik dan peta-peta permainan baru padanya.

Dan walaupun ianya membawakan sokongan pelbagai platform, pada masa yang sama, ia turut membolehkan para pengguna pada pelbagai platform itu bermain bersama-sama dengan mudah. Mungkin kita akan dapat mendengar lebih banyak maklumat berkaitan dengan CS:GO ini dengan tarikh pelancarannya yang dekat kelak.


TIPS & ULASAN