NVIDIA Memperlihatkan Tablet Asus Dengan Windows RT

NVIDIA Memperlihatkan Tablet Asus Dengan Windows RT

Diterbitkan pada June 5, 2012 oleh .

Selain daripada pengumuman rasmi pihak Asus berkaitan dengan Asus Tablet 600 mereka, kini NVIDIA turut sama memuat-naik video demonstrasi, menggunakan peranti sama, memperlihatkan prestasi Windows RT pada peranti tersebut dengan lebih dekat lagi.

Asus Tablet 600 ini dijana menggunakan Windows RT, yang mana seperti sedia maklum, merupakan salah satu variasi Windows 8, yang dijalankan pada ARM.

Seperti biasa, Windows 8 pada tablet kelihatan amat menarik sekali, dan dengan pelbagai peranti Windows 8 yang diperlihatkan pada Computex kali ini, semestinya kita akan melihat puluhan peranti dilancarkan bersama-sama dengan pengumuman Windows 8 kelak.

Jadi, adakah Android dan juga iOS akan mula menerima cabaran dan saingan hebat daripada tablet-tablet Windows 8 di pasaran kelak?


TIPS & ULASAN