Cari @ Amanz

Windows Phone 8 dengan nama kod Apollo merupakan salah satu kemaskini untuk platform mudah-alih daripada Microsoft yang dinantikan ramai. Dan, kini kelihatan kita mungkin akan mendapat tahu serba sebanyak berkaitan beberapa perkara baru yang bakal dibawakan olehnya, dimana Microsoft telah pun mensasarkan sebuah acara khas pada 20 Jun ini untuk membincangkan mengenainya.

Microsoft bermula daripada hari ini, telah pun mula menghantar jemputan media kepada pelbagai media antarabangsa, dengan menyertakan ayat, mengatakan mereka akan memperlihatkan masa depan Windows Phone melaluinya.

Buat masa ini, apa yang bakal dibawakan oleh Apollo masih menjadi tanda tanya. Antara yang diura-ura akan adalah termasuk sokongan untuk perkakasan dengan spesifikasi lebih tinggi, disamping integrasi yang lebih menyeluruh pada perkhidmatan Microsoft, termasuk Windows 8 dan juga Xbox.

Sama-sama kita nantikan 20 Jun kelak untuk melihat sendiri apakah yang bakal diumumkan oleh Microsoft.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd