Cari @ Amanz

Dengan jadual pembangunan dan memperkenalkan kemaskini untuk peranti sedia ada setiap tahun, kini ia mula diperkatakan Samsung bakal melancarkan Galaxy Note 2 pada bulan Oktober kelak, dengan rekabentuk yang serba sebanyak menyerupai rekabentuk Galaxy S3 yang dilancarkan baru-baru ini.

Mengikut ura-ura awal, Galaxy Note 2 kelak diperkatakan akan membawakan skrin sentuh bersaiz 5.5-inci dengan ketumpatan pixel melebih 360PPI. Ia juga diperkatakan Galaxy Note 2 kelak akan membawakan 1.5GB RAM padanya, dan turut didatangkan dengan sokongan LTE padanya. Dari segi perisian pula, ia diperkatakan, beberapa fungsi pada Galaxy S3 seperti S Beam, S Voice, Smart Stay dan sebagainya akan turut disertakan bersama-sama dengannya kelak.

Buat masa ini, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Samsung, malah Samsung sendiri belum mengesahkan bilakah mereka akan melancarkan Galaxy Note 10.1 sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun, Galaxy Note 2 semestinya salah satu peranti yang dinantikan semua pengguna sedia ada Galaxy Note.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd