Cari @ Amanz

Dengan EURO 2012 yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum dimulakan, kini Google melangkah setapak kehadapan dengan mensasarkan para peminat bola sepak, dimana hari ini Google menambah kategori baru pada Chrome Web Store, iaitu Soccer.

Melalui kategori khas tersebut, Google menyediakan pelbagai koleksi aplikasi khas untuk Google Chrome, menawarkan pelbagai jenis kandungan kepada para pengguna, terus melalui pelayar web mereka.

Mungkin kelak, kita akan terus dapat melihat Google mengeluarkan lebih banyak koleksi dengan acara khas, seperti sukan, dan sebagainya kelak. Sementara itu, sekiranya anda peminat sukan, mungkin boleh menyemak koleksi aplikasi Chrome yang disediakan oleh Google bersempena dengan EURO 2012 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd