(Video) Nyah-Kotak Raspberry Pi

(Video) Nyah-Kotak Raspberry Pi

Diterbitkan pada June 5, 2012 oleh .

Bagi yang mengikuti perkembangan Raspberry Pi, mungkin sedia maklum akan berkenaan dengan komputer yang bersaiz kad kredit itu. Setelah pelbagai fasa tempahan dan sebagainya, beberapa pengguna tempatan turut sama telah mendapatkannya, dan kini salah seorang pengguna tempatan berkongsi video nyah-kotak pertama Raspberry Pi dalam bahasa Malaysia.

Melalui Raspberry Pi, ia membawakan komponen asas untuk PC dan boleh digunakan seperti komputer biasa. Seperti dikongsikan pada video, ia didatangkan dalam dua model berbeza, dan model yang dipertontonkan ini berharga RM145 dengan kos penghantarannya sekali.

Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat beberapa video lain yang dikongsikan oleh Shafiq Mustapa dan rakan-rakan, berkaitan dengan pelbagai ciri-ciri menarik pada Raspberry Pi dan sebagainya. Sementara itu, sekiranya anda telah berpeluang mencubanya sendiri, jangan lupa berkongsi pendapat bersama yang lain melalui ruangan komen.

Kandungan berbentuk video dibawakan khas oleh Syed Syahrul untuk Amanz. Ikuti beliau di Twitter melalui @syedsyahrul.


TIPS & ULASAN