Cari @ Amanz

Google Mengambil-Alih QuickOffice

Oleh Aman

Link Copied!

Selepas mengambil-alih Meebo semalam, hari ini, Google mengumumkan pengambil-alihan QuickOffice, salah satu aplikasi pengurusan dokumen popular, iaitu QuickOffice. Dengan pengambil-alihan ini, mungkin kita akan dapat melihat QuickOffice diintegrasikan dengan lebih menyeluruh pada Android mahupun pada Google Docs kelak.

Seperti semua sedia maklum, beberapa peranti Android sedia ada membawakan aplikasi ini bersama-sama dengannya, selain mana aplikasi QuickOffice turut ditawarkan untuk iOS, Symbian dan beberapa platform lain.

Mungkin kita akan dapat melihat pengumuman lanjut berkaitan integrasi QuickOffice mahupun perancangan lanjut mereka berkaitan dengan aplikasi pengurusan dokumen ini dalam masa beberapa bulan lagi.


Komen ()