Cari @ Amanz

Setelah boleh dimuat-turun daripada pelayan FTP sejak daripada penghujung minggu lepas, hari ini, Mozilla secara rasminya telah pun melancarkan pelayar web mereka yang terkini kepada umum, iaitu Firefox 13. Selain daripada dioptimasikan untuk lebih pantas, ia juga turut membawakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Perkara utama yang diberikan perhatian adalah rekabentuk baru untuk halaman tab pada Firefox 13. Kini, ia turut memaparkan thumbnail laman kegemaran anda, sekaligus memudahkan anda mengaksesnya. Anda juga turut sama boleh mengubahnya supaya lebih memenuhi citarasa anda dengan mudah.

Pada masa yang sama, Firefox kini tuurt menyokong SPDY, membolehkan anda menjimatkan masa dalam membuka sesuatu laman web, sekaligus menjadikan pelayaran web lebih pantas lagi berbanding sebelumnya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Firefox 13 hari ini terus daripada laman rasmi Mozilla, dan menggunakannya dalam pelayaran harian anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd