Cari @ Amanz

Setelah hampir 20 bulan sejak diperkenalkan, kini bilangan aplikasi pada Windows Phone Marketplace telah pun mencecah lebih daripada 100,000 aplikasi, salah satu angka yang besar, dimana dicapai lebih pantas daripada Android yang mengambil masa selama 24 bulan sebelum ini.

Pada masa yang sama, ia juga dilihat perkembangan dan penambahan aplikasi baru bergerak lebih pantas. Sebelum ini, ia telah mengambil masa selama 14 bulan untuk mencapai angka 50,000, tetapi hanya mengambil 5 bulan untuk mengandakannya.

Walaupun sebanyak 100,145 aplikasi telah diterbitkan pada Windows Phone Marketplace, namun, yang boleh dimuat-turun buat masa ini hanya sebanyak 88,371 aplikasi sahaja, dimana sebaliknya telah dibuang daripada Windows Phone Marketplace, dan ada yang dalam peringkat beta dan sebagainya.

Buat masa ini, pihak Microsoft masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya, dan mungkin kita akan mendengar mengenainya pada acara khas berkenaan Apollo yang disasarkan pada 20 Jun kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd