Ulasan Penuh Samsung Galaxy S3

Diterbitkan pada June 11, 2012 oleh .

Samsung Galaxy S3 ialah peranti yang dinantikan peminat telefon Android seluruh dunia. Ianya telefon pintar kedua yang menggunakan cip pemprosesan empat teras selepas HTC ONE X. Persoalan kebanyakkan pengguna ialah adakah SGS3 lebih baik dari HTC One X? Yang mana harus anda beli dan berbaloikah melakukan penaik-tarafan ke SGS3 jika anda memilik SGS2 atau Galaxy Note?

Mari mulakan ulasan kita dengan melihat spesifikasi telefon pintar ini.

Di atas kertas telefon ini mempunyai spesifikasi yang cukup hebat. Dengan pemproses 1.4 Ghz empat teras Exynos ianya mampu melakukan segala tugasan yang anda mahukan dengan mudah. Muatan dalaman pula ialah diantara 16 hingga 64 Gigabyte dan ini boleh ditambah dengan menggunakan kad MikroSD sehingga 64  Gigabyte.

Kami mendapati bahagian belakang SGS3 menjadi panas selepas digunakan untuk beberapa ketika. Permasalahan bahagian belakang peranti masih belum dapat diselesaikan Samsung. Ini bukanlah masalah baru kerana ia juga ada pada SGS2 dan Note sebelum ini.

PAPARAN SKRIN

Skrin 4.8-inci Super Amoled HD dengan kepadatan pixel sebanyak 306 pixel-per-inci digunakan pada SGS3. Ini bermakna SGS3 mempunyai kepadatan pixel yang lebih tinggi daripada Note (285 ppi) maupun SGS2 (217 ppi). Sunguhpun begitu ia masih tidak setinggi yang ada pada Sony Xperia S (342 ppi), Galaxy Nexus (316 ppi) ataupun HTC One X (312 ppi) . Skrin Super Amoled memastikan gambar yang dipaparkan pada skrin nampak hidup dan terang.

Kami menyedari ada segelintir pengguna kurang menggemari paparan Super Amoled kerana penghasilan  warnanya yang terlalu garang. Di sini harus kami nyatakan pada pendapat kami Super Amoled memberikan paparan warna yang lebih bermaya berbanding skrin LCD . Skrin Super Amoled juga lebih mudah dilihat dibawah pancaran matahari. Ini adalah penting sekiranya anda kerap menggunakan peranti di luar.

Kaca Gorilla versi 2 memastikan SGS2 lebih tahan lasak dari pencabar terdekatnya One X dan SGS2. Kedua-dua peranti ini hanya menggunakan kaca Gorilla versi lama. Untuk kegunaan harian kami merasakan skrin SGS3 menghasilkan gambaran yang tajam terutamanya ketika menggunakan aplikasi bertext seperti Flipboard dan melayari web.

KEMASAN DAN BINAAN

Umum diakui kesemua peranti Samsung mempunyai sindrom “Plastik Fantastik”. Sungguhpun mepunyai rekaan serupa dengan Galaxy Nexus, Samsung tidak mennggunakan semula kerangka besi yang ada pada Galaxy Nexus pada SGS3. Akibatnya SGS3 mempunyai binaan yang terlalu plastik dab terasa agak murahan. Panel belakangnya boleh dibuka bagi memberikan akses kepada ruang bateri , Sim Mikro dan MikroSD. Antara rungutan yang kami baca berkenaan rekaan SGS3 ialah ianya terlalu bulat. Ramai pengguna lebih menyukai rekaan berkotak seperti SGS2. Rekaan ini mungkin tidak elok dipandang dari segi estetik tetapi yang penting dari segi ergonomik ianya memberikan keselesaan apabila dipegang.

Jika SGS3 mempunyai kelemahan di sinilah terletaknya kelemahan itu. Kemasan dan binaan bukanlah kekuatan utama Samsung. Awal minggu lalu kami sempat menggunakan Nokia 610. Adalah sangat memalukan bagi Samsung apabila peranti Nokia beharga RM699 ini mempunyai kualiti kemasan dan binaan yang jauh lebih baik dari SGS3. Kami ada menulis berita ura-ura Nokia bakal dibeli oleh Samsung. Jika berita ini benar, mungkin Samsung mahukan peranti mereka mempunyai kemasan yang setaraf dengan kemasan Nokia yang memang terkenal!

Saiz SGS3  pula tidak banyak bezanya dari Galaxy Nexus cuma ianya lebih panjang. Apabila diletakkan di dalam poket ianya tidak tersembul keluar seperti Galaxy Note. Penambahan pada panjang mungkin memberikan sedikit kesukaran apabila menggunakan peranti ini dengan sebelah tangan. Bahagian hujang atas skrin sesentuh agak sukar untuk digapai oleh ibu jari. Dari segi menaip pula skrin yang lebih besar memudahkan penaipan. Agak sukar untuk melakukan kesalahan menaip menggunakan papan kekunci SGS3.

KAMERA

Ketika SGS3 diumumkan hanya menggunakan kamera 8 Megapixel, ianya menjadi bualan orang ramai. Kamera yang digunakan sama dengan yang ada pada produk samsung sebelum ini. Tiada langsung penaik tarafan yang jelas di sini berbanding SGS2 dan Note. Gambar pada resolusi 8 Megapixel SGS3 adalah jelas dan terang. Ia juga mampu mengambil video pada resolusi 1080P. Seperti Note dan SGS2, video definisi tingginya mempunyai masalah rolling shutter jika anda melakukan panning pada kadar yang segera.

Beza utama yang ada ialah ia mampu mengambil 20 gambar pada kadar segera serta fungsi best shot. Ini semua adalah kerana penggunaan perisian operasi Ice Cream Sandwich.  Jika dibandingkan dengan HTC One X kami mendapati gambar dari SGS3 lebih jelas dan tajam tetapi kualiti gambar pada moda HDR pula lebih baik pada One X. Pada pendapat kami SGS3 mampu menggantikan kamera kompak sebagai kamera kegunaan harian anda.

PERISIAN – TouchWiz 4.0

Galaxy S 3 dilengkapi dengan perisian operasi Ice Cream Sandwich dengan paparan  antara muka TouchWiz 4.0. Terdapat beberapa fungsi baru yang dimasukkan ke dalam Touchwiz 4.0. Fungsi yang paling dihebahkan ialah S Voice. Ianya seakan Siri yang ada pada iPhone4S.  Seperti Siri ia juga mempunyai masalah memahami arahan yang diberikan oleh anda. Tambah menyedihkan S Voice berfungsi lebih perlahan dari aplikasi Voice Command yang digunakan Samsung sebelum ini. Samsung perlu memperbaikai kepantasan S Voice sebelum ianya boleh berfungsi dengan sempurna. Buat masa ini S Voice hanyalah sebuah aplikasi gimik yang gagal.

SGS3 juga menyokong fungsi pop up play ketika menonton video. Skrin video kecil akan muncul apabila anda menggunaan fungsi ini. Secara teorinya anda boleh menonton video sambil melayar web atau bertwitter. Fungsi baru yang lain ialah anda boleh mengambil screenshot skrin dalam posisi mendatar dengan menyapu skrin dari kiri ke kanan, kemampuna menghasilkan ritma vibrasi panggilan anda sendiri, paparan berita atau saham terkini pada skrin kekunci dan NFC S Beam.

Samsung juga measukkan fungi Smart Stay. Pada bahagian depan SGS3 diletakkan sebuah sensor yang mengesan sama ada anda melihat skrin SGS3 atau tidak. Jika anda dikesan sedang melihat skrin fungsi time-out akan dinyah-aktifkan. Ini berguna jika anda sedang membaca lama web yang panjang dan meletakkan masa time-out yang pendek. Masalah skrin termati sendiri ketika sedang membaca dapat dielakkan.

Pada bahagian galeri gambar pula terdapat fungsi Social-Tag. SGS3 akan mengesan bahagian muka individu di dalam gambar yang anda ambil. Anda kemudian boleh meng-Tag gambar ini dengan nama teman anda dan apabila foto dimuat naik ke Facebook secara automatik mereka akan di-tag. Fungi ini berguna tetapi malangnya ianya tidak automatik. Anda perlu melakukan tagging keatas semua gambar secara satu persatu kerana ianya tidak “mengingati” wajah yang sudah anda tag sebelum ini. Jika anda seorang pengguna tegar Facebook, Social-Tag ialah fungsi yang anda akan gemari.

BATERI

SGS menggunakan bateri sebesar 2100 mAh. Dengan penggunaan sederhana SGS3 mampu bertahan sehingga 20 jam. Pada penggunaan berat menggunakan Instagram, Twitter dan melayari web sepanjang masa , SGS3 kami hanya mampu bertahan selama 11 jam.Seperkara lagi bateri SGS3 mempu dicaj sepenuhnya dalam masa 2 jam. Ini adalah jangka waktu pengecasan yang pantas bagi bateri berkapasiti 2100 mAh.

PENANDA ARAS : Quadrant dan Antutu Benchmark

Di atas kertas HTC One mempunyai kelebihan pada pemproses empat teras 1.5 Ghz nya. Tetapi apabila aplikasi penanda aras digunakan kami mendapatai SGS3 secara konsisten mengalahkan One X. Aplikasi Antutu dan Quadrant digunakan dan seperti yang adan dapat lihat dibawah perbezaan markah penanda aras adalah ketara. SGS3 juag mampu menumbangkan Transformer Prime yang selama ini menjadi peranti Android paling berkuasa di pasaran.

KESIMPULAN

Samsung Galaxy S 3 ialah peranti Android paling berkuasa di pasaran sekarang. Dengan harga saranan RM2199 ianya mungkin agak mahal untuk miliki oleh kebanyakkan pengguna. Kepada yang mampu kami merasakan harga yang diletakkan memang berbaloi dengan prestasi yang mampu diberikan. Kewujudan slot MikroSD memberikan SGS3 sedikit kelebihan berbanding pencabar terdekatnya HTC One X.

Sungguhpun begitu kualiti kemasannya yang terlalu plastik mungkin membuatkan sesetengah pengguna enggan membelinya pada waktu terdekat. Permasalah lain ialah fungsi S Voice yang pra-matang serta masalah kepanasan pada bahagian bawah telefon masih wujud dan belum diselesaikan Samsung sejak dari SGS2 lagi.

Haruskan anda memilikinya? Ini persoalan utama yang sering kami dengar. Jika anda sudah memiliki SGS2 ataupun Note penaiktarafan ke SGS3 mungkin tidak diperlukan. Jika anda hanya sekadar mahukan kepantasan yang lebih serta skrin yang lebih cantik maka belilah SGS3. Jika anda tidak memerlukan kepantasan pemproses empat teras, SGS2 dan Note sudah memandai buat masa ini dan kedua-duanya dijual pada harga di bawah RM2000.

Akhir kata Samsung Galaxy S3 memang telefon Android yang terbaik dipasaran pada waktu ini. Jika anda seorang penggila peranti yang mahukan yang TERBAIK jangan befirkir panjang dan milikinya sekarang.

PRO dan Kelebihan

  • Paparan skrin 4.8″ yang cantik dengan warna yang hidup. Skrin Super Amoled HD ini juga menggunakan Kaca Gorilla terkini bagi memberikan ketahanan dari calar dan hentakkan
  • Pemproses empat teras 1.4 Ghz memastikan peranti berfungsi dengan baik sekali. Kelajuan mentatal antara skrin terasa lebih laju
  • Bateri boleh dibuka dan ini memudahkan penggantian bateri pada masa hadapan atau penggunaan bateri berkapasiti lebih tinggi jika perlu.
  • Sokongan kad MikroSD sehingga 64 Gigabyte
  • Bateri sebesar 2100 mAh memastikan SGS3 mampu bertahan seharian pada penggunaan sederhana.

KONTRA dan Kekurangan

  • Binaan dan kemasan yang masih terlalu plastik.
  • Tiada penaiktarafan pada kemampuan kemera. Menggunakan semula kamera pada SGS2 dan Note
  • Aplikasi S Voice yang diwar-warkan tidak berfungsi dengan baik. Masih terlalu perlahan
  • Tidak semua aplikasi memnggunakan sepenuhnya kemapuan pemproses empat teras. Masih ada konflik dengan beberapa aplikasi lama.
  • Dengan harga saranan RM2199 ianya agak mahal. Galaxy Note dengan skrin lebih besar dan fungsi sylus kini jauh lebih murah dan memberikan lebih nilai untuk wang anda.

TIPS & ULASAN