God Of War : Ascension Bakal Dilancarkan Pada 12 Mac 2013

God Of War : Ascension Bakal Dilancarkan Pada 12 Mac 2013

Diterbitkan pada June 6, 2012 oleh .

Salah satu permainan aksi yang digemari ramai pemain di Malaysia adalah God Of War. Seperti semua sedia maklum, sebelum ini, ia telah pun dimaklumkan akan mengenai God Of War : Ascension yang bakal menemui ramai, dan kini Sony mengesahkan yang mana permainan tersebut bakal dilancarkan kepada umum pada 12 Mac 2013 kelak.

Ia akan dilancarkan secara eksklusif untuk platform PlayStaion 3, dan bagi mereka yang berminat, sudah boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini.

Bagi para peminat permainan God Of War, versi Acension ini akan membawakan jalan cerita prekuel berbanding siri-siri sebelum ini, selain turut membawakan pelbagai cara bermain dan mengawal watak yang baru. Dan salah satu perkara baru adalah sokongan permainan multiplayer padanya.


TIPS & ULASAN