Samsung Memperlihatkan Komputer AIO Dengan Sokongan Kawalan Gerakan

Samsung Memperlihatkan Komputer AIO Dengan Sokongan Kawalan Gerakan

Diterbitkan pada June 6, 2012 oleh .

Sebelum ini, kita sedia melihat sokongan bantuan dan kawalan suara pada SmartTV. Dan nampaknya, Samsung turut sama ingin membawakan sokongan sama pada komputer AIO mereka, dimana kini mereka memperlihatkan prototaip AIO 27-inci dibawah keluarga Series 7.

Melalui prototaip yang diperlihatkan pada Computex, ia memperlihatkan AiO terbaru daripada Samsung Series 7 ini membawakan sokongan USB 3.0, serta didatangkan terbina dengan slot Ethernet dan juga pembaca kad mikro-SD, serta dijana menggunakan Windows 8.

Selain daripada rekabentuk yang menarik, ia membawakan sokongan untuk mengenal lebih daripada gerakan 10 jari pada sesuatu masa. Disamping itu, ia juga diperkatakan ia turut membawakan sokongan kawalan gerakan sama seperti pada SmartTV daripada Samsung, dimana ia menggunakan kamera hadapan untuk mengenal-pasti gerakan pengguna dihadapan, lebih kurang sama seperti Kinect.

Ia masih tidak diketahui bilakah Samsung akan melancarkan AiO bersaiz 27-inci ini. Namun mengikut laporan awal, ia disasarkan pada tahun ini.


TIPS & ULASAN