Asus Mengumumkan Komputer Riba Dengan Akses 5G WiFi

Asus Mengumumkan Komputer Riba Dengan Akses 5G WiFi

Diterbitkan pada June 6, 2012 oleh .

Dengan dunia yang mula beralih ke rangkaian 4G secara berperingkat, kini nampaknya Asus bergerak sepantas ke hadapan, dimana kini mereka mengumumkan mereka akan mengintegrasikan adapter rangkaian 802.11ac pada komputer riba mereka, sekaligus memberikan sokongan akses rangkaian 5G WiFi padanya.

Komputer riba pertama yang disasarkan untuk menerima cip tersebut adalah Asus G75VW yang mensasarkan kepada mereka yang gemar memainkan permainan video dan sebagainya. Melaluinya kelak, ia akan membolehkan para pengguna menikmati kelajuan sehingga 800-850Mbps padanya.

Pada masa yang sama, ia turut dikatakan telefon pintar, tablet, malah kamera dengan sokongan rangkaian yang baru ini bakal menjadi salah satu standard baru menjelang tahun 2013 kelak.


TIPS & ULASAN