Nokia Lumia 900 Bakal Dilancarkan Dalam Beberapa Hari Lagi

Nokia Lumia 900 Bakal Dilancarkan Dalam Beberapa Hari Lagi

Diterbitkan pada June 6, 2012 oleh .

Pada acara media yang diadakan hari ini untuk Nokia Lumia 610, salah satu pertanyaan popular semestinya adalah berkenaan dengan peranti Nokia Lumia 900 yang dinantikan ramai. Walaupun tiada banyak komen yang dikeluarkan, namun salah satu perkara yang dikongsikan adalah peranti tersebut bakal mula dijual dalam beberapa hari lagi.


Nokia Lumia 610

Seperti umum sedia maklum, peranti tersebut telah pun sedia dipaparkan dan dipromosikan di beberapa Nokia Store seluruh negara, membolehkan para pengguna mencubanya sendiri di tangan mereka.

Buat masa ini, tarikh rasmi dan harga untuknya masih tidak diketahui. Namun, dengan mengatakannya dalam masa beberapa hari sahaja lagi, mungkin kita boleh melihatnya pada minggu ini atau minggu depan, ianya dijual kepada umum.


TIPS & ULASAN