Dengan acara Google I/O yang semakin hampir, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah tablet Google Nexus yang diura-ura akan dilancarkan bersama-sama dengan Asus. Dan hari ini, laman PhoneArena berkongsi akan beberapa gambar yang didapati oleh mereka.
Walaubagaimanapun, seperti biasa, ia masih lagi pada kategori ura-ura tanpa sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Google dan Asus. Melalui sumber yang menyediakan gambar tersebut, ia diperkatakan peranti tersebut kelak akan dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras Tegra 3, 1GB RAM, dan menggunakan Android 4.1.
Jadi, apakah pendapat anda dengan gambaran awal tablet Asus daripada apa yang diperlihatkan?