Twitter Memperkenalkan Rekabentuk Burung Yang Baru

Twitter Memperkenalkan Rekabentuk Burung Yang Baru

Diterbitkan pada June 7, 2012 oleh .

Logo dan penjenamaan burung daripada Twitter boleh dikatakan salah satu perkara yang tidak boleh dielakkan daripada arena internet kini, dimana selain daripada hanya pada web, beberapa tempat dan acara juga menggunakannya. Hari ini, Twitter secara rasminya memperkenalkan kemaskini untuknya, sekaligus memperkenalkan #TwitterBird yang baru kepada umum.

Menurut pihak Twitter, rekabentuk baru ini dibentuk dengan menggunakan tiga bulatan yang berlapis antara satu sama lain, sekaligus memberikan idea bagaimana ramai yang berhubung di Twitter, dimana terdiri daripada ramai rakan-rakan yang berbeza minat, tetapi berkongsi sekurang-kurangnya satu perkara sama dengan anda.

Bersama-sama dengan penjenamaan semula ini, Twitter juga telah mengemaskini dokumen berkaitan penggunaan jenama mereka, dimana sekiranya anda merupakan salah seorang pembangun, mahupun mempunyai bidang kerja yang berkait rapat dengan Twitter, mungkin anda boleh menyemaknya.


TIPS & ULASAN