Sokongan Google Maps Secara Luar-Talian Bakal Diperkenalkan Untuk Android

Sokongan Google Maps Secara Luar-Talian Bakal Diperkenalkan Untuk Android

Diterbitkan pada June 7, 2012 oleh .

Google Maps boleh dikatakan sebagai salah satu komponen utama pada Android, dan hari ini, melalui acara khas yang diadakan, Google mengumumkan yang mana mereka bakal membawakan sokongan Google Maps secara offline kepada para pengguna Android.

Berbeza dengan sokongan hanya cache akan laluan untuk digunakan tanpa talian internet, sokongan offline ini kelak akan membolehkan anda memuat-turun data peta untuk sesuatu kawasan, dan menggunakannya bila diperlukan tanpa keperluan sokongan rangkaian internet dan sebagainya.

Sokongan ini dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna Android dalam masa terdekat, dan mungkin akan diperkenalkan kepada platform lain secara berperingkat kelak.


TIPS & ULASAN