Google Earth Dengan Sokongan 3D Lebih Baik Bakal Menyusul Tidak Lama Lagi

Google Earth Dengan Sokongan 3D Lebih Baik Bakal Menyusul Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada June 7, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman berkaitan dengan sokongan luar-talian untuk aplikasi Google Maps, Google turut sama mengumumkan sokongan 3D yang ditambah-baik pada Google Earth untuk peranti mudah-alih, sekaligus memudahkan anda mengikuti pelbagai lokasi dalam bentuk 3D dengan lebih interaktif lagi.

Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan oleh Google tidak lama lagi pada Google Earth, sekaligus membolehkan anda menikmati pandang pelbagai lokasi pada 45-darjah dalam bentuk 3D.

Dengan sokongan StreetView, dan sokongan 3D yang lebih baik pada Google Earth ini, ia semestinya akan terus memudahkan para pengguna dalam bercuti kemana-mana jua dengan mudah, terus daripada pelayar web pengguna.


TIPS & ULASAN