Bersama-sama dengan pelancaran Firefox 13 pada awal minggu ini, nampaknya pihak Mozilla terus bergiat aktif dengan pelayar web versi akan datang mereka. Melalui Firefox Nightly yang terkini, ia dilihat mereka membawakan perubahan pada aplikasi PDF terbina.
Melalui Firefox 15 Nightly, aplikasi PDF terbina direkabentuk semula, membawakan latar berwarna hitam padanya, sama seperti ketika ia memaparkan video, gambar dan sebagainya.
Seperti umum sedia maklum, paparan PDF terbina pada Firefox didatangkan melalui sokongan Javascript, PDF.jf, dimana melaluinya, tidak lagi memerlukan para pengguna memasang sebarang aplikasi tambahan untuk mengakses dokumen PDF pada pelayar web mereka.
Bagi anda yang ingin mencubanya sendiri, boleh memuat-turun Firefox Nightly hari ini, dan mengujinya bersama-sama pelbagai fungsi dan penambahan baru padanya. Namun, seperti biasa, versi tersebut mungkin tidak begitu stabil untuk digunakan dalam pekerjaan harian.