Cari @ Amanz

Walaupun Nokia memberikan perhatian kepada platform Windows Phone, namun, mereka masih belum mengabaikan platform lain, seperti S40 dan juga Symbian. Selepas beberapa peranti baru diumumkan semalam, kini laman MyNokiaBlog mendapatkan beberapa paparan antaramuka yang diperkatakan sebagai Nokia Belle FP2.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui sepenuhnya bilakah Nokia Belle FP2 akan diperkenalkan kepada pengguna Nokia Belle sedia ada.

Melaluinya kelak, Nokia Belle FP2 dikatakan bakal membawakan beberapa perubahan baru, termasuk papan kekunci serba-baru, galleri gambar dengan sokongan butang perkongsian, pemain media baru, butang carian pada skrin utama, serta skrin untuk nyah-kunci yang baru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd