Cari @ Amanz

Salah satu peranti yang dinantikan ramai peminat Nokia tempatan adalah Nokia 808 PureView yang dijana menggunakan Symbian (Nokia OS) dan didatangkan bersama-sama dengan kamera 41-megapixel. Kini, ia diketahui harga jualan tempatan untuk peranti tersebut adalah RM1899, dan boleh didapati bermula esok.

Seperti umum sedia maklum, sejak awal minggu ini, beberapa Nokia Store telah pun sedia menyediakan unit ujian pada Nokia Store, dan akhirnya, setelah dinantikan ia akan mula dijual bermula esok.

Dari segi spesifikasi, Nokia 808 PureView membawakan skrin AMOLED bersaiz 4.0-inci, ruangan storan terbina sebanyak 16GB dengan sokongan slot mikro-SD sehingga 32GB, RAM 512MB, cip pemprosesan 1.3GHz ARM 11, kamera 41-megapixel Carl Zeiss, kamera hadapan VGA, radio FM terbina, dan juga dijana menggunakan Nokia Belle.

Bagi anda yang inginkannya, boleh mendapatkannya bermula esok, sebaliknya bagi anda yang ingin mencubanya terlebih dahulu, mungkin boleh singgah ke Nokia Store seluruh negara, dan mencuba sendiri kamera 41-megapixel yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Tips daripada Asri Al-Baker

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd