Aplikasi Astro On-The-Go Dilancarkan Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada Jun 7, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nampaknya, Astro bergerak pantas dalam melancarkan aplikasi Astro On-The-Go mereka, dimana selepas memperkenalkan versi web dan juga iPad sebelum ini, kini mereka turut sama telah melancarkan aplikasi yang dioptimasikan untuk pengguna iPhone.

Melalui aplikasi Astro On-The-Go, ia membolehkan para pelanggan Astro menikmati rancangan mereka dengan mudah terus pada peranti mudah-alih mereka, melalui sokongan internet.

Untuk Android pula, Astro mensasarkan untuk melancarkannya sekitar bulan September kelak. Bagi para pengguna iPhone atau iPad yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Astro On-The-Go ini secara percuma daripada AppStore, dan log masuk menggunakan AstroID anda untuk menggunakannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami